Pengenalan / Maklumat / Latar Belakang Syarikat

Pengenalan

Shahrul Sweetcake Bakery yang selepas ini dikenali sebagai “SSB” merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang ditubuhkan pada 02 Oktober 2019, di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Syarikat ini juga mengamalkan Prinsip: Golden Rule – layanilah orang lain seperti mana yang anda ingin orang lain melayani anda. Shahrul Sweetcake Bakery tertumpu kepada bidang pembuatan dan pengedaran produk berasaskan bakeri seperti aneka jenis kek dan roti yang halal.

Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik iaitu di kawasan Bandar Sibu, Sarawak yang sentiasa menjadi tempat tumpuan orang ramai dan juga pelancong asing untuk membeli barangan keperluan harian. Sebelum tertubuhnya syarikat ini, pemilik telah menimba ilmu pengetahuan dan melengkapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang sewajarnya daripada pengalaman berkursus di beberapa institusi dan kedai kek yang menawarkan pembelajaran dan pengajaran berkaitan penyediaan, pembuatan dan hiasan kek serta roti di sekitar kawasan Sibu.

Dengan semangat yang cekal dan keinginan serta minat yang mendalam untuk membantu mempertingkatkan status sosio ekonomi khasnya di negara kita, pemilik telah berusaha dengan segala upaya membangunkan syarikat jenis milikan tunggal ini. Shahrul Sweetcake Bakery ini juga menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan bakeri yang halal untuk pelanggan beragama Islam disebabkan bidang perniagaan ini banyak dipelopori oleh kaum bukan bumiputera dan secara tidak langsung pemilik berhasrat untuk menyumbang ke arah peningkatan bilangan bumiputera yang menceburi bidang perniagaan yang mecabar ini disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan bumiputera yang lain.


Maklumat / Latar Belakang Syarikat

NAMA: SHAHRUL SWEETCAKE BAKERY

ALAMAT: NO. 26 JALAN CHANGKOK,

                   JALAN EVELYN RASA,

                   96000 SIBU,

                   SARAWAK

NO. PENDAFTARAN: JX0222018-R

NO. TELEFON: 014-3742073

NO. FAKS: 084-755555

EMAIL: shahrulsweetcakebakery@gmail.com

TARIKH PENDAFTARAN: 01 OKTOBER 2019

STATUS SYARIKAT: 100% BUMIPUTERA

BENTUK PERNIAGAAN: MILIKAN TUNGGAL

NAMA PEMILIK: SHAHRUL NIZAM BIN JAMALIL

BANK: MALAYAN BANKING BERHAD (160184205206)




No comments:

Post a Comment