Berikut merupakan beberapa maklumat bagi produk yang ditawarkan bagi Syarikat Shahrul Sweetcake Bakery ini:
Penggunaan bahan-bahan bermutu tinggi dan halal bagi memastikan kualiti produk sentiasa terjaga.
Bahan-bahan membuat kek yang mempengaruhi rasa dan tekstur kek dihasilkan.
Keseimbangan rasa manis iaitu kandungan gula dan lemak dalam produk akan diambil kira bagi memastikan kesesuaian di setiap peringkat umur tidak kira kanak-kanak mahupun orang tua.
Menawarkan kepelbagaian minuman berasakan kopi seperti Iced Americano, Coffee Latte, Coffe Coppucino, Coffee Morocchino, Coffee Macchianto dan Coffee Freddo yang berasal daripada biji-biji kopi Columbia yang berkualiti tinggi dan diimport.
Beberapa contoh produk kek siap dan Coffee Macchianto yang dihasilkan |
Disamping
itu, syarikat Shahrul Sweetcake Bakery juga menawarkan beberapa perkhidmatan
kepada setiap pelanggan. Antaranya adalah:
i)
Menyediakan khidmat penghantaran Cash on
Delivery (COD) sehingga depan rumah mengikut kadar tempahan yang dibuat oleh
pelanggan.
ii)
Mengadakan pakej kek perkahwinan kepada
bakal pengantin.
iii)
Mengadakan pakej kek ulang tahun dan
perayaan.
STRATEGI PEMASARAN
Barangan
a) Memastikan kesegaran produk sentiasa
terjaga, dimana tarikh luput dipaparkan di bungkusan luar tiap produk untuk
rujukan para pelanggan yang datang.
b) Mempelbagaikan
keluaran produk agar pelanggan mempunyai banyak pilihan.
c) Mengutamakan kualiti
produk dengan menggunakan bahan-bahan mentah bermutu tinggi.
d) Mewujudkan
produk-produk baharu.
Promosi
a) Memberi tawaran
istimewa menjelang hari-hari perayaan bagi menggalakkan jualan.
b) Mengadakan pakej atau
pek istimewa khusunya kepada bakal-bakal pengantin.
c) Memberi pek percubaan
pada harga yang rendah bagi produk baru.
Tempat
a) Memasarkan produk di
tempat-tempat tumpuan orang ramai.
b) Membuat pemantauan ke
atas lokasi dan kekerapan pelanggan yang datang berkunjung.
c) Membuat kaji selidik
terhadap golongan sasaran seperti pekerja pejabat, pelajar-pelajar dan lain.
Harga
a) Memberi potongan harga
istimewa pada setiap musim perayaan dan hari-hari tertentu.
b) Memberi harga
pengenalan terhadap produk baru yang dikeluarkan.
c) Memberi komisyen /
diskaun kepada pembeli secara berperingkat.
22
2
No comments:
Post a Comment